Legoland Malaysia Legoland Malaysia ini memang tarikan utama Johor dan Legoland pertama yang dibina dalam Asia! Legoland ini adalah taman tema Lego yang pertama sekali dalam Asia. Selepas yang ini barulah dibina kat Dubai dan Tokyo. Senang cerita, kalau anda nak ke Legoland lain, memang kena naik flight. Kalau dulu Legoland Malaysia cuma ada taman tema yang penuh dengan monumen kecil Asia yang diperbuat daripada Lego, sekarang ia juga ada taman tema airnya, dan juga aquarium sendiri. Tiket masuk untuk ketiga-tiga tempat ini berasingan. Harga tiket masuk Legoland ini memang bakal buat anda berpeluh. Bukan apa, sebab ini taman tema antarabangsa, jadi harganya bukan rate Malaysia. Kalau anda ada ramai anak, rancang lawatan anda, dan menabunglah lebih awal. Kat Legoland Malaysia, tarikan utamanya ialah pelbagai binaan yang diperbuat dari Lego. Tapi selain itu ada juga tambahan tarikan lain macam virtual reality roller coaster. Ini bagus untuk orang yang nak rasa naik roll...
Terengganu bukan hanya terkenal dengan keropok lekor dan industri batiknya, tetapi juga pulau-pulau di sekitarnya yang memiliki keindahan yang mampu mempesonakan jiwa sehingga terbawa-bawa ke mimpi. Pantai yang berpasir putih dan laut yang jernih, pulau-pulau ini menjadi destinasi impian ramai bukan sahaja rakyat Malaysia, malahan juga pelancong dari luar negara. Bagi penduduk di Semenanjung, tidak perlu terbang jauh ke Sabah untuk menikmati ketenangan pulau kerana pulau tropika yang terletak di perairan Terengganu juga sebenarnya adalah antara yang terbaik di Malaysia. Tak percaya? Teruskan membaca artikel 12 pulau di Terengganu ini untuk membantu anda membayangkannya. Pulau Redang Sumber: The Taaras Beach & Spa Resort Trademark pelancongan di Terengganu, Pulau Redang adalah antara pulau yang paling banyak dilawati di negeri ini. Pantai yang berpasir putih dengan pemandangan air laut yang membiru, Pulau Redang sememangnya destinasi percutian yan...