Skip to main content

Legoland Malaysia

 legoland malaysia tiket - antara tempat menarik di johor

Legoland Malaysia

Legoland Malaysia ini memang tarikan utama Johor dan Legoland pertama yang dibina dalam Asia!

Legoland ini adalah taman tema Lego yang pertama sekali dalam Asia. Selepas yang ini barulah dibina kat Dubai dan Tokyo. Senang cerita, kalau anda nak ke Legoland lain, memang kena naik flight.

Kalau dulu Legoland Malaysia cuma ada taman tema yang penuh dengan monumen kecil Asia yang diperbuat daripada Lego, sekarang ia juga ada taman tema airnya, dan juga aquarium sendiri.

build and test legoland

Tiket masuk untuk ketiga-tiga tempat ini berasingan.

Harga tiket masuk Legoland ini memang bakal buat anda berpeluh. Bukan apa, sebab ini taman tema antarabangsa, jadi harganya bukan rate Malaysia. Kalau anda ada ramai anak, rancang lawatan anda, dan menabunglah lebih awal.

Kat Legoland Malaysia, tarikan utamanya ialah pelbagai binaan yang diperbuat dari Lego. Tapi selain itu ada juga tambahan tarikan lain macam virtual reality roller coaster. Ini bagus untuk orang yang nak rasa naik roller coaster, tapi takut gayat. Sebab yang ini hanya maya.

taman tema menarik di JB - legoland malaysia

Kalau anak anda nak main air, anda kena beli tiket lain untuk bermain gelongsor air kat dalam waterpark Legoland.

Tunggangan kat Legoland

aquaracer legolandKalau anda dah besar, dan nak naik ride macam kat USS Singapore (yang kat seberang nun sahaja), anda mungkin kecewa. Legoland Malaysia hanya ada sedikit sahaja untuk dewasa.

Tapi kalau lawatan ini memang untuk anak 4 tahun ke atas, mereka mesti cakap nak datang sekali lagi.

legoland malaysia water ride

Untuk orang dewasa, kalau nak merasa sama-sama seronok, taman tema air Legoland lebih cocok.

Taman Tema Air Legoland

slide racer di legoland waterpark

Semasa baru dibuka, sebab kurang pokok, Legoland memang panas. Dah tu, kata kebanyakan orang, Legoland ini mungkin seronok untuk budak-budak, geng nerd dan hantu Lego saja.

Tapi sekarang, ini bukan isunya lagi. Sebab sekarang dah ada taman tema air kat sini. Dengan taman tema air sendiri, Legoland JB sudah ada tarikan untuk mereka yang bukan peminat Lego. Tapi nak masuk waterpark ini perlukan tiket extra.

Jadi anda boleh pilih — nak masuk ke taman tema atau taman air. Kalau rasa boleh habiskan sehari suntuk di sini, boleh juga ambil tiket kombo untuk pergi kedua-duanya.

Kalau rasa nak ke taman tema air baru, boleh cuba pi cuba Taman Tema Air Desaru.

Kedai Cenderamata Lego

kedai star wars dalam legoland johor malaysia

Kat dalam Legoland Johor Bahru ini memanglah banyak kedai untuk anda beli cenderamata. Kalau anda hantu Lego, ini memang syurga untuk anda.

Dekat dengan pintu masuk ada kedai The Big Shop. Kedai ini ada koleksi Lego paling besar dalam Asia. Jadi boleh shopping habis-habisan dan cari Lego yang susah nak dijumpai kat mana-mana.

Peminat Star Wars juga tak kecewa sebab ada kedai khas untuk koleksi Lego Star Wars.

Aquarium Sealife kat Legoland

sealife malaysia johor tunnelMasuk ke tahun 2019, aquarium Legoland pun dah siap.

Nak tengok kuda laut, jerung dan 13,000 ekor ikan? Tak payah terjun Selat Tebrau bang. Sebab sekarang Legoland pun dah ada aquarium sendiri dengan Sealife Malaysia.

Tapi macam waterpark Legoland, nak masuk ke Sealife ini perlukan tiket extra.

Tidur kat Legoland Hotel

hotel legoland

Kepada yang mahu umpph lagi, boleh tidur di hotel Legoland. Bilik-bilik dalam hotel ini, macam yang anda jangka, berbeza dari mana-mana bilik yang pernah anda inap selama ini.

Bilik yang bertema lanun dan lain-lain bakal buat anak kecil anda tak tidur malam. Tapi anda juga mungkin tidur mengigau, sebab mimpi dikejar ceti selepas cuti.

Harga bilik di sini sekitar RM 1,200 ke atas untuk satu malam.

bilik hotel legoland

Harga Tiket Legoland JB Malaysia

 Dewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)Warga Emas (RM)
Harga 1 Tarikan
Taman Tema199157157
Taman Air146120120
Sea Life Aquarium896969


Harga Tiket Kombo
Taman Tema + Taman Air278221221
Taman Tema + Taman Air + Sea Life Aquarium

Tips

  • Legoland Johor Bharu ini panas. Bawa sunscreen kalau tak mahu muka berbelak lepas cuti.
  • Beli tiket secara online kalau nak datang masa cuti. Jika tidak anda bakal buang masa berbaris lama.
  • Anak 3 tahun ke bawah masuk percuma.
  • Dekat dengan Legoland Johor ada taman tema indoor yang ada air cond buat peminat Hello Kitty & Thomas si Keretapi.


313250250

Comments

Popular posts from this blog

Pulau pulau yang cantik di Terengganu sedia menanti

Terengganu bukan hanya terkenal dengan keropok lekor dan industri batiknya, tetapi juga pulau-pulau di sekitarnya yang memiliki keindahan yang mampu mempesonakan jiwa  sehingga terbawa-bawa ke mimpi. Pantai yang berpasir putih dan laut yang jernih, pulau-pulau ini menjadi destinasi impian ramai bukan sahaja rakyat Malaysia, malahan juga pelancong dari luar negara. Bagi penduduk di Semenanjung, tidak perlu terbang jauh ke  Sabah  untuk menikmati ketenangan pulau kerana pulau tropika yang terletak di perairan Terengganu juga sebenarnya adalah antara yang terbaik di Malaysia. Tak percaya? Teruskan membaca artikel 12 pulau di Terengganu ini untuk membantu anda membayangkannya. Pulau Redang Sumber:  The Taaras Beach & Spa Resort Trademark pelancongan di Terengganu, Pulau Redang adalah antara pulau yang paling banyak dilawati di negeri ini. Pantai yang berpasir putih dengan pemandangan air laut yang membiru, Pulau Redang sememangnya destinasi percutian yan...

Tempat Menarik Di Cameron Highland | Percutian Dingin & Nyaman

Jika anda jemu dengan cuaca panas dan kesesakan ibu kota, larilah sebentar ke Cameron Highlands, destinasi nyaman yang terkenal dengan udara sejuknya yang dingin dan pemandangan yang menakjubkan. Tambahan pula terdapat banyak tempat menarik di Cameron Highland, menjadikan ia destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa. Jika anda sedang merancang percutian ke Cameron Highland, dibawah saya telah himpunkan tempat yang paling menarik untuk anda lawati semasa berada disini nanti. Ladang Teh BOH Sungai Palas Sumber:  Azami Adi Putera Hampir setiap hari menikmati teh BOH semasa di rumah, tapi masih tak tahu lagi bagaimana keadaan ladangnya? Dan teringin nak tahu bagaimana teh yang diminum setiap hari ini dihasilkan? Datanglah ke Ladang Teh BOH yang terletak di Sungai Palas ini. Aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang berada di ladang teh ini di samping melihat bagaimana teh diproses di kilang adalah melawat kafenya untuk menikmati pelbagai hidangan yang ter...