Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2020

Legoland Malaysia

  Legoland Malaysia Legoland Malaysia ini memang tarikan utama Johor dan Legoland pertama yang dibina dalam Asia! Legoland ini adalah taman tema Lego yang pertama sekali dalam Asia. Selepas yang ini barulah dibina kat Dubai dan Tokyo. Senang cerita, kalau anda nak ke Legoland lain, memang kena naik flight. Kalau dulu Legoland Malaysia cuma ada taman tema yang penuh dengan monumen kecil Asia yang diperbuat daripada Lego, sekarang ia juga ada taman tema airnya, dan juga  aquarium  sendiri. Tiket masuk untuk ketiga-tiga tempat ini berasingan. Harga tiket masuk Legoland ini memang bakal buat anda berpeluh. Bukan apa, sebab ini taman tema antarabangsa, jadi harganya bukan rate Malaysia. Kalau anda ada ramai anak, rancang lawatan anda, dan menabunglah lebih awal. Kat Legoland Malaysia, tarikan utamanya ialah pelbagai binaan yang diperbuat dari Lego. Tapi selain itu ada juga tambahan tarikan lain macam virtual reality roller coaster. Ini bagus untuk orang yang nak rasa naik roll...

Pulau pulau yang cantik di Terengganu sedia menanti

Terengganu bukan hanya terkenal dengan keropok lekor dan industri batiknya, tetapi juga pulau-pulau di sekitarnya yang memiliki keindahan yang mampu mempesonakan jiwa  sehingga terbawa-bawa ke mimpi. Pantai yang berpasir putih dan laut yang jernih, pulau-pulau ini menjadi destinasi impian ramai bukan sahaja rakyat Malaysia, malahan juga pelancong dari luar negara. Bagi penduduk di Semenanjung, tidak perlu terbang jauh ke  Sabah  untuk menikmati ketenangan pulau kerana pulau tropika yang terletak di perairan Terengganu juga sebenarnya adalah antara yang terbaik di Malaysia. Tak percaya? Teruskan membaca artikel 12 pulau di Terengganu ini untuk membantu anda membayangkannya. Pulau Redang Sumber:  The Taaras Beach & Spa Resort Trademark pelancongan di Terengganu, Pulau Redang adalah antara pulau yang paling banyak dilawati di negeri ini. Pantai yang berpasir putih dengan pemandangan air laut yang membiru, Pulau Redang sememangnya destinasi percutian yan...

Tempat Menarik Di Cameron Highland | Percutian Dingin & Nyaman

Jika anda jemu dengan cuaca panas dan kesesakan ibu kota, larilah sebentar ke Cameron Highlands, destinasi nyaman yang terkenal dengan udara sejuknya yang dingin dan pemandangan yang menakjubkan. Tambahan pula terdapat banyak tempat menarik di Cameron Highland, menjadikan ia destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa. Jika anda sedang merancang percutian ke Cameron Highland, dibawah saya telah himpunkan tempat yang paling menarik untuk anda lawati semasa berada disini nanti. Ladang Teh BOH Sungai Palas Sumber:  Azami Adi Putera Hampir setiap hari menikmati teh BOH semasa di rumah, tapi masih tak tahu lagi bagaimana keadaan ladangnya? Dan teringin nak tahu bagaimana teh yang diminum setiap hari ini dihasilkan? Datanglah ke Ladang Teh BOH yang terletak di Sungai Palas ini. Aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang berada di ladang teh ini di samping melihat bagaimana teh diproses di kilang adalah melawat kafenya untuk menikmati pelbagai hidangan yang ter...